MatchPoint Times

Home

Perlu pemantau bebas elak skandal dadah di Puspen berulang, kata pakar

Cover Image for Perlu pemantau bebas elak skandal dadah di Puspen berulang, kata pakar

Minggu lalu EAIC dedah berlaku pelanggaran arahan pegawai Puspen di Kedah selepas 47 penghuni positif dadah jenis methamphetamine.

PETALING JAYA: Sebuah badan bebas perlu menjalankan audit dan pemeriksaan berkala di pusat pemulihan dadah milik kerajaan, kata seorang ahli kriminologi susulan kes kakitangan di sebuah pusat pemulihan di Kedah membekalkan methamphetamine kepada 47 penghuni.

P Sundramoorthy dari Universiti Sains Malaysia berkata tanggungjawab terhadap keselamatan, rawatan dan pemantauan pentadbiran sering diberikan kepada jabatan berasingan, sekali gus mewujudkan jurang yang menyebabkan sebarang salah laku sukar dikesan.

Katanya, badan pemantau bebas akan mewujudkan satu lapisan akauntabiliti tambahan, sekali gus mengurangkan kemungkinan salah lalu kakitangan dilindungi oleh hierarki atau budaya organisasi.

Tags:ahli kriminologiEAICpusat pemulihan dadahPuspenSuruhanjaya Integriti


Smoke rises from US embassy, US warplanes crash in Kuwait

A US base and a power station were also targeted in what was the most dramatic escalation for the small Gulf country in decades.

🟡AFP

RUU had tempoh PM gagal raih 2/3

Pindaan Perlembagaan gagal raih sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat.

🟡Mohamad Fadli