PETALING JAYA: Permintaan terhadap jenama kereta Jepun seperti Toyota, Honda, Mazda, dan Mitsubishi menurun sedikit dalam tempoh tiga tahun lalu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Johari Ghani.
Johari berkata, perkara itu berkemungkinan besar berpunca daripada langkah kerajaan menggalakkan pembelian dan penggunaan kenderaan elektrik (EV) melalui pelbagai insentif sejak 2022.
Beliau berkata, insentif berkenaan menarik beberapa pembuat kereta baharu seperti BYD dan Tesla untuk memasuki pasaran Malaysia, yang secara langsung menjejaskan jualan jenama Jepun yang tidak menawarkan (EV).
