PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis (JFP) terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
Hakim Mohamad Abazafree Mohd Abbas memutuskan permohonan itu tidak berasas dari segi undang-undang dan menolak cabaran terhadap fatwa berkenaan.
Ketika membacakan keputusannya, Abazafree berkata berdasarkan Seksyen 48 Enakmen 4/2006, sesuatu fatwa hanya boleh diwartakan selepas mendapat perkenan Raja Perlis.
