PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuka semula permohonan bagi jawatan tetap pegawai farmasi pada tahun depan, sekali gus memberi peluang baharu kepada pegawai lantikan kontrak apabila kekosongan baharu itu diluluskan.
Dalam kenyataan, KKM memaklumkan langkah itu berikutan selesainya urusan pengambilan terkini yang menyaksikan hanya 600 perjawatan tetap diisi kerana jumlah kekosongan terhad.
Menurut kementerian, baki pegawai farmasi kontrak tidak dapat diserap kerana tiada tambahan jawatan tersedia daripada perjawatan yang telah diluluskan.
