MatchPoint Times

Home

Pertikaian Petronas-Petros beri kesan pada unjuran pendapatan Dayang

Cover Image for Pertikaian Petronas-Petros beri kesan pada unjuran pendapatan Dayang

Ketidaktentuan akibat kebuntuan rundingan Petronas-Petros beri kesan pada keuntungan Dayang Enterprise.

PETALING JAYA: Firma penyelidikan pesimis tentang prospek pendapatan Dayang Enterprise Holdings Bhd, susulan pertikaian antara Petronas dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Syarikat perkhidmatan minyak dan gas (O&G) yang berpangkalan di Sarawak itu berdepan kesan ketidaktentuan yang timbul akibat kebuntuan tersebut. Untung bersih bagi suku kedua berakhir pada 30 Jun (S2 FY2025) merosot 41.7% kepada RM76.6 juta, berbanding RM131.4 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Hasil suku kedua (Q2) susut 41.4% kepada RM267.4 juta berbanding RM455.8 juta pada tahun sebelumnya. Kejatuhan berkenaan dikaitkan dengan kadar penggunaan kapal yang lebih rendah, akibat kelewatan permulaan kontrak oleh syarikat minyak utama.

Tags:minyak dan gaspendapatanpertikaianPetronasunjuran


Trump slams ‘purge’ in S. Korea ahead of visit by president Lee

The US leader did not specify to what he was referring but said he would bring it up with his counterpart at the White House.

🟡AFP

Trump advisor says US may take stakes in other firms after Intel

Kevin Hassett said Donald Trump’s sovereign wealth fund plan may drive more industry deals, citing the US government’s 10% Intel stake.

🟡AFP