KINABATANGAN: Seorang pesakit strok maut selepas ambulans dinaikinya bertembung dengan sebuah van berhampiran Jalan Kampung Paris 1, di sini hari ini.
Ketua Polis Kinabatangan, D Ravi, berkata kemalangan kira-kira 9.40 pagi itu turut menyebabkan 12 individu cedera terdiri daripada pemandu ambulans, pemandu kedua, seorang doktor serta seorang jururawat berada dalam ambulans selain lapan individu menaiki van berkenaan.
Beliau berkata kesemua yang cedera kini dirawat di zon hijau Hospital Kinabatangan.