PETALING JAYA: Seorang pesara kerugian RM201,000 selepas terpedaya dengan sindiket `phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai polis dan timbalan pendakwa raya.
Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman berkata, pihaknya menerima laporan semalam daripada wanita berusia 59 tahun itu yang mendakwa dia pada mulanya menerima panggilan daripada wakil syarikat insurans.
Katanya, mangsa diberitahu dia mempunyai tuntutan insurans bernilai RM68,000 pada Februari lalu sebelum panggilannya disambungkan kepada individu lain.
