KUALA LUMPUR: Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas LNG Ltd memeterai perjanjian jual beli selama 15 tahun dengan Woodside Energy Trading Singapore Pte Ltd bagi membekalkan satu juta tan setahun (Mtpa) gas asli cecair (LNG) ke Malaysia bermula 2028.
Petronas dalam kenyataan hari ini berkata, LNG akan dibekalkan daripada portfolio global Woodside yang mungkin termasuk jumlah daripada projek LNG Louisiana yang diluluskan baru-baru ini di Amerika Syarikat.
Katanya, perjanjian itu dijangka memperkukuh keselamatan tenaga di Semenanjung dengan mengintegrasikan pembangunan gas huluan bersama import LNG.