PETALING JAYA: Petronas memfailkan usul di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kerangka kawal selia yang terpakai bagi operasi petroleum di Sarawak.
Permohonan itu bertujuan memastikan operasi Petronas selaras kerangka kawal selia serta amalan tadbir urus yang baik, menurut kenyataan.
Syarikat minyak nasional itu menamakan kerajaan persekutuan dan kerajaan Sarawak sebagai responden.
