PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) akan memohon kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya mempertimbangkan semula keputusan memecat persatuan itu sebagai ahli.
Presiden PFA Zamri Ibrahim berkata, perkara itu antara isu yang dibincangkan dalam Kongres Tahunan PFA di Kangar hari ini.
Katanya, persatuan itu merancang mengemukakan permohonan selepas jawatankuasa baharu FAM dilantik.
