KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Pandelela Rinong terlepas slot final 10m platform individu wanita selepas menamatkan saingan di tempat ke-13 pusingan kelayakan Piala Dunia Terjun 2025 di Guadalajara, Mexico semalam.
Pandelela, yang membuat penampilan pertamanya selepas kali terakhir beraksi di pentas kompetitif Terbuka Malaysia pada November tahun lepas, mengumpul 267.85 mata untuk menduduki tempat ke-13, ketinggalan 7.30 mata di belakang penerjun Sepanyol Valeria Antolino di tempat ke-12 dengan 275.15 mata.
Hanya 12 penerjun layak ke peringkat akhir.