PETALING JAYA: PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada bekas timbalan presiden Rafizi Ramli berhubung kenyataannya mengenai hasratnya mempertahankan kerusi Parlimennya pada PRU16, namun bukan dengan tiket parti itu.
Menerusi video dimuat naik di Facebook, Rafizi berkata, surat itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agong PKR Fuziah Salleh.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kenyataannya adalah mengenai perancangannya selepas Parlimen dibubar dan PRU16 dipanggil, menegaskan beliau bukannya keluar PKR.
