PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengetengahkan pelbagai peluang pelaburan di Malaysia dalam perjumpaan bersama tokoh perniagaan di Bangkok.
Anwar berkata, beliau bertemu dengan wakil tiga konglomerat terkemuka Thailand, iaitu TCC Group, Minor International Group, dan PTT Group, bagi membincangkan potensi pelaburan dan kerjasama strategik dengan Malaysia.
“Malaysia menyediakan tawaran menarik untuk pelabur Thailand, terutamanya dalam sektor nilai tambah tinggi, seperti elektrik dan elektronik (E&E), automotif (kenderaan elektrik) dan bahan kimia,” katanya dalam catatan di Facebook.