PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) bersama agensi berkaitan memperhebat operasi terhadap kegiatan pengimportan sisa elektronik (e-waste) secara haram di negara ini.
Ketua Pengarah AKPS Shuhaily Mohd Zain berkata, perdana menteri mahu agensi itu bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis serta agensi-agensi berkaitan bagi membanteras kegiatan itu.
“Perdana menteri dengan keras mengarahkan, sekiranya ada mana-mana pegawai penguat kuasa terlibat memberi perlindungan dan mengambil imbuhan rasuah dalam kegiatan penyeludupan itu, tindakan tegas perlu ambil tanpa mengira siapa,” katanya.
