KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan tidak bersetuju dari awal dengan pendekatan politik melihat semua dasar melalui lensa kaum.
Katanya, disebabkan tekanan dan persepsi politik memaksa kerajaan menjelaskan butiran tertentu bagi mengelak salah faham.
“Saya tak setuju semua nak ikut kaum, tapi bila kita diam dikata tak buat apa-apa. Sebab itu saya terpaksa perincikan, bukan untuk membezakan tetapi untuk tunjuk bahawa kerajaan buat kerja,” katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka Deepavali Madani Peringkat Kebangsaan 2025.