PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima peletakan jawatan setiausaha politik kanan beliau Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang bertindak sedemikian susulan cubaan menyerangnya dengan perkara boleh merosakkan imej kerajaan Madani.
Anwar dalam kenyataan berkata beliau berterima kasih atas perkhidmatan ketua PKR Melaka itu sepanjang memegang jawatan terbabit.
“Berhubung tuduhan timbul, saya menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas menjalankan siasatan segera, tanpa sebarang campur tangan luar.
