PETALING JAYA: Adun Perikatan Nasional (PN) akan membangkitkan isu kebakaran paip gas di Putra Heights dalam sidang DUN Selangor pada 7 Julai ini, kata Ketua Pembangkang Selangor, Azmin Ali.
Azmin yang juga setiausaha PN berkata laporan yang dikeluarkan mengenai insiden itu tidak menjawab semua persoalan termasuk maklumat terperinci mengenai pemantauan dan kerja-kerja penyelenggaraan berkala.
“Kenyataan media saya tatkala berlaku insiden ini cukup komprehensif. Saya mendesak siasatan yang bebas dan menyeluruh.