MatchPoint Times

Home

PN lancar manifesto, keluarga miskin dapat RM4,800 setahun

Cover Image for PN lancar manifesto, keluarga miskin dapat RM4,800 setahun

Ia juga berjanji akan memberi subsidi tiket penerbangan Mahasiswa Sayang Sabah (MSS) RM1,000 setahun kepada anak Sabah menuntut di IPT di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

PUTATAN: Perikatan Nasional (PN) melancarkan manifesto bertemakan ‘Kasi Bagus Sabah’ dengan menampilkan 12 tunjang dan 159 tawaran yang disifatkan sebagai pelan menyeluruh untuk meringankan beban rakyat serta memperkukuh pembangunan negeri menjelang PRN Sabah 29 Nov ini.

Antara janji utama yang diumumkan Pengerusinya Muhyiddin Yassin ialah pelaksanaan Bantuan Prihatin Rakyat Sabah (BPRS), iaitu bantuan tunai RM4,800 setahun khusus kepada keluarga miskin tegar dan keluarga memerlukan.

Muhyiddin berkata BPRS akan menjadi intervensi segera untuk menangani tekanan kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat, terutama di kawasan luar bandar.

Tags:Kasi Bagus SabahmanifestoMuhyiddin YassinPerikatan Nasional


Johor to impose RM3 hotel tax on travellers from Jan 1

Additional fees on tourists will also be levied by other states, including Selangor, Penang, Perak and Pahang.

🟡FMT Reporters

PRN Sabah: Calon baharu BN, GRS kempen rumah ke rumah pikat pengundi Papar

Kedua-dua calon sifatkan kaedah itu bolehkan mereka lebih dekati pengundi serta dengar sendiri masalah rakyat.

🟡Bernama