KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) sedia menyokong cadangan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal namun dengan syarat individu itu tidak dibenarkan memegang portfolio kewangan.
Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, berkata penggabungan dua jawatan paling berkuasa itu akan mewujudkan pemusatan kuasa yang ‘tidak sihat’ memandangkan bidang kuasa menteri kewangan terlalu luas untuk dikawal oleh seorang perdana menteri.
“Rakyat mahukan perdana menteri yang bukan sahaja bersih tetapi mesti dilihat bersih. Maka beliau tidak wajar memegang jawatan menteri kewangan dalam waktu sama semasa tempohnya menjadi perdana menteri.
