PETALING JAYA: Polis Kuala Lumpur menganggarkan sekitar 18,000 orang menyertai perhimpunan pembangkang manakala penganjur Pemuda Perikatan Nasional (PN) mendakwa jumlah peserta melebihi 200,000 orang berdasarkan kiraan sendiri.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Usuf Jan Mohamad berkata tiada insiden tidak diingini berlaku dan keseluruhan perhimpunan berlangsung dengan aman, kecuali pentas di Dataran Merdeka yang telah dibuka pihak berkuasa.
Usuf turut merakamkan penghargaan kepada peserta kerana berhimpun secara aman dan tidak memprovokasi lebih 3,000 anggota polis yang ditugaskan sepanjang perhimpunan berlangsung.