PETALING JAYA: Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, berkata pasukan cawangan khas giat memburu suspek pengeboman 11 stesen minyak di selatan Thailand yang didakwa melarikan diri ke Malaysia.
“Mengikut kenyataan pihak berkuasa di sana pada hari pertama kejadian, mereka memaklumkan suspek sudah lari ke negara ini.
“Jadi, kita sudah berhubung dengan mereka (pihak berkuasa Thailand) untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagi membantu mereka,” katanya menurut Harian Metro selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan di IPK Kelantan, Kota Bharu.
