PETALING JAYA: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan melibatkan seorang pelakon lelaki yang ditahan selepas dipercayai positif dadah, minggu lalu.
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, berkata pihaknya sedang menunggu beberapa arahan timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
“Kita telah melengkapkan kertas siasatan dan diminta melengkapkan lagi siasatan dijalankan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
