KUALA LUMPUR: Polis masih meneliti ucapan dan kandungan himpunan semalam yang menuntut peletakan jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki bagi menentukan sama ada ia menyentuh isu kaum, agama, dan institusi diraja (3R).
“Siasatan and risikan masih lagi diteruskan kita akan melihat pada isi kandungan, ucapan-ucapan sekiranya ada yang menyentuh isu 3R… kita akan pastikan bahawa siasatan akan dibuka,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus pada sidang media.
Peserta himpunan berkumpul di hadapan pusat beli-belah Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka, di mana kedengaran mereka melaungkan slogan dan memegang plakad mengkritik ketua pesuruhjaya SPRM.
