KUALA LUMPUR: Polis akan mohon lanjutan reman terhadap penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel di Jalan Conlay, bulan lepas.
Ketua Polis Dang Wangi Sazalee Adam berkata permohonan akan dikemukakan esok selepas tempoh reman yang bermula Rabu lepas berakhir.
“Ya, permohonan sambungan reman terhadapnya akan dibuat esok,” katanya.
