PETALING JAYA: Polis menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera ibu saudara dan dua sepupunya di sebuah rumah di Putra Heights, Subang Jaya.
Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menyerbu rumah itu pada petang semalam selepas menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian yang menimpa mangsa.
“Siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama suspek yang merupakan ibu saudaranya berusia 49 tahun serta dua sepupu wanita dan lelaki masing-masing berusia 24 tahun dan 17 tahun.
