PETALING JAYA: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis methamphetamine dan ketamin bernilai RM13.8 juta, menerusi dua serbuan di sekitar Lembah Klang dan Perak pada 1 Dis lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan, berkata serbuan menyaksikan penahanan enam lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 26 hingga 46 tahun, termasuk seorang bekas anggota polis.
“Serbuan pertama dijalankan di kawasan parkir tingkat bawah (basement) sebuah pasar raya di Petaling Jaya yang dijadikan lokasi transaksi pengedaran dan pemeriksaan dijalankan ke atas sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard dan dua kereta Perodua Myvi.
