PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat dan mengesan pemilik sebuah akaun Facebook kerana didakwa membuat hantaran yang memfitnah institusi diraja Perlis.
Ketua Polis Arau, Ahmad Mohsin Rodi, berkata siasat dijalankan selepas seorang kontraktor membuat laporan semalam selepas melihat hantaran itu di media sosial kira-kira 8.30 malam, 31 Dis lalu, lapor Bernama.
Mohsin berkata hantaran itu menuduh seseorang menjadi dalang dalam menjatuhkan bekas menteri besar Shukri Ramli kerana beliau tidak bersetuju dengan nilai dalam perolehan projek sistem perpaipan di negeri itu.
