PETALING JAYA: Polis menyiasat satu video tular di TikTok yang memaparkan sebuah kenderaan mikromobiliti atau skuter elektrik digunakan di atas jalan raya di Jalan Uda Utama, Bandar Uda Utama di Johor.
Ketua Polis Johor Bahru Utara Balveer Singh berkata, polis mengesan satu hantaran video di TikTok yang memaparkan kenderaan itu digunakan di jalan raya.
Katanya, berdasarkan siasatan kejadian itu dipercayai dirakam pada 15 Ogos lalu kira-kira jam 3 petang sebelum dimuat naik di media sosial.