PETALING JAYA: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki dipercayai menyeludup masuk rokok tanpa cukai dari negara jiran bernilai lebih RM2 juta di Batu 8, Jalan Silam, Lahad Datu, awal pagi tadi.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah Mohd Nazri Ibrahim berkata lelaki berusia 32 dan 38 tahun itu ditahan bersama dua van yang membawa rokok berkenaan dalam operasi kira-kira 1 pagi.
“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit menemukan longgokan plastik hitam yang mengandungi sejumlah besar rokok pelbagai jenama dipercayai diseludup masuk dari negara jiran, lebih 1.62 juta batang rokok dirampas,” katanya menurut laporan Bernama.