KUANTAN: Dua lelaki termasuk ketua kumpulan ‘Geng Musang’ yang dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam kes mencuri kabel projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditahan di tepi jalan Kampung Batu 3, Mentakab, Temerloh.
Ketua Polis Temerloh Mohd Nasyim Bahron berkata lelaki warga Kemboja yang dikenali dengan gelaran ‘Musang’ ditahan bersama seorang lelaki tempatan yang dikenali sebagai ‘Sepet’, kira-kira 9 malam Khamis lepas.
Beliau berkata hasil pemeriksaan terhadap dua lelaki masing-masing berumur 32 dan 36 tahun itu, polis menjumpai paket plastik disyaki mengandungi dadah dan kerambit bersama sarung.
