PETALING JAYA: Polis Sabah menahan seorang lelaki kerana melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta dan rumah penduduk di Kampung Liposu Sook di Keningau, semalam.
Ketua Polis Keningau, Yampil Anak Garai berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang dipercayai mabuk cuba menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda milik penduduk kampung.
Bagaimanapun, suspek tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan cermin kenderaan itu pecah.