PETALING JAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengarahkan polis tidak menyiasat pengkritiknya selagi tidak menyentuh aspek jenayah.
Beliau berkata, polis juga tidak perlu mengambil tindakan terhadap pengkritik kerana kritikan dilontarkan kepada dirinya bermotifkan politik semata-mata.
“Beberapa tindakan terhadap beberapa pengkritik kerajaan, termasuk serangan terhadap saya, saya telah beri arahan tidak perlu disiasat,” katanya menurut Bernama selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,500 jemaah di Masjid Cyberjaya 10, Cyberjaya.
