PETALING JAYA: Polis menerima 17 lagi laporan berhubung dakwaan kes kanak-kanak dikurung di sebuah taska di Shah Alam, menjadikan keseluruhan 20 laporan setakat 12.46 tengah hari ini.
Ketua Polis Shah Alam, Ramsay Embol, berkata tiada tangkapan setakat ini.
“Polis juga masih dalam siasatan untuk semakan lesen, sijil kelulusan dan lain-lain membabitkan taska berkenaan.
