KUALA LUMPUR: Polis mengumumkan pelantikan lima ketua negeri baharu dan pertukaran beberapa pegawai kanan berkuat kuasa 18 Ogos ini.
Setiausaha Polis, Kamaruzaman Abdullah, berkata pertukaran itu membabitkan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Azizee Ismail yang dilantik ketua polis Pulau Pinang.
Beliau berkata, Komandan Maktab Polis Kuala Lumpur, Shazeli Kahar pula dilantik ketua polis Selangor, manakala Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Fadil Marsus dilantik ketua polis Kuala Lumpur.