PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata aktiviti songsang yang dilakukan sesetengah premis selepas lesen diberikan adalah di luar kawalan pihak berkuasa.
Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan lesen berdasarkan cadangan aktiviti yang dikemukakan.
“Bila ada permohonan lesen kita berikan lesen ikut apa mereka tuliskan dalam kertas cadangan. Untuk pembukaan spa kita benarkan.
