PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) perlu cermat dalam mengatur strategi kempen bagi mempertahankan kerusi Kinabatangan pada PRK 24 Jan depan dan tidak terlalu bergantung kepada kehadiran pemimpin pusat, kata penganalisis.
Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata kepimpinan negeri perlu diberi ruang untuk mengendalikan sepenuhnya gerak kerja pilihan raya bagi memastikan kemenangan calonnya, Mohd Naim Kurniawan Moktar pada pilihan raya itu.
“Lebih baik Umno Sabah sahaja yang berkempen sekiranya ada pertandingan, kerana naratif pemimpin dari Semenanjung mungkin tidak sesuai dengan konteks politik Sabah.
