PETALING JAYA: Keputusan PRN Sabah ke-17 baru-baru ini dilihat memberi isyarat bahawa rakyat Sabah cenderung memilih parti tempatan yang mesra dengan kerajaan perpaduan pada peringkat persekutuan.
Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu juga menunjukkan rakyat Sabah mahukan sebuah kerajaan negeri yang boleh berganding bahu dan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan.
“Berbeza dengan penganalisis dan pengamat politik yang memberi ulasan tentang PRN Sabah, kami telah selesai menganalisis keputusan PRN Sabah mengikut saluran … bukan sahaja daerah mengundi, tetapi setiap saluran,” katanya selepas merasmikan Program Kembali Ke Sekolah 2026 di Kulim hari ini, lapor Bernama.
