MatchPoint Times

Home

PRN Sabah: Tenang, jangan ikut emosi, pengundi muda diberitahu

Cover Image for PRN Sabah: Tenang, jangan ikut emosi, pengundi muda diberitahu

Kelab Komuniti Sayang Sabah juga minta rakyat negeri itu menolak politik kebencian yang memecahbelahkan masyarakat.

KOTA KINABALU: Golongan belia yang membentuk sebahagian besar pengundi digesa membuat kajian yang tepat dan menyeluruh terhadap setiap calon bertanding pada PRN Sabah ke-17.

Timbalan Presiden Kelab Komuniti Sayang Sabah, Steve Johnny Mositun, berkata pengundi wajar menghadapi pilihan raya negeri itu dengan tenang dan fikiran yang jelas kerana ia menandakan detik penting bagi menentukan hala tuju, dengan setiap undi yang dibuang membentuk masa depan yang akan diwarisi oleh generasi akan datang.

Beliau dalam kenyataan hari ini menggesa pengundi tidak memilih wakil berdasarkan emosi, kemarahan atau kekecewaan yang boleh menjejaskan pertimbangan mereka, sebaliknya dipandu oleh pemikiran teliti dan bukannya dorongan yang tercetus akibat ‘gangguan media sosial’ atau dakwaan yang tidak disahkan.

Tags:jelasPengundiPRNSabahTenang


Free higher education, KK light rail, among promises in PH’s Sabah manifesto

Among PH’s other key promises include creating 20,000 quality job opportunities and an annual RM1,200 student living allowance.

🟡Mohamad Fadli

Sabah security to be strengthened with more troops

Defence minister Khaled Nordin notes that Sabah faces various traditional and non-traditional security challenges that need to be addressed.

🟡FMT Reporters