PETALING JAYA: Kerajaan Sarawak akan membubarkan DUN lebih awal bagi membuka laluan kepada PRN ke-13 diadakan tahun ini, menurut Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Setiausaha Agung GPS Alexander Nanta Linggi berkata, PRN itu ‘pasti’ akan berlangsung tahun ini, namun tarikh tepat pembubaran DUN bergantung kepada Premier Sarawak Abang Johari Openg.
Nanta, yang juga setiausaha agung parti teras GPS, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, menzahirkan keyakinan bahawa gabungan itu akan terus mendapat sokongan majoriti di DUN, lapor The Borneo Post.
