GOMBAK: Projek pembangunan semula yang melibatkan penempatan kaum India di Batu Caves akan diteruskan, dengan perbincangan lanjut mengenai perancangan, pembinaan dan pemindahan penduduk akan diadakan, menurut Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Amirudin berkata, projek melibatkan pembinaan jalan raya itu dijangka bermula selepas sambutan Thaipusam tahun depan.
Beliau turut memaklumkan bahawa perbincangan lanjut akan diteruskan bulan depan bagi menangani isu-isu berbangkit.
