KUALA LUMPUR: Pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diberikan kepada projek pembinaan yang layak seperti bangunan kediaman dan kemudahan awam termasuk rumah ibadat, taman rekreasi serta tandas awam, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan.
Beliau berkata bahan binaan asas seperti simen, kerikil dan pasir juga kekal berkadar sifar di bawah cukai jualan sebagai langkah menyokong keperluan industri pembinaan.
“Aktiviti perniagaan kepada perniagaan (B2B) terpilih tertakluk kepada syarat-syarat tertentu seperti kontraktor utama dikenakan SST, tetapi tidak kepada subkontraktor di bawah nilai ambang RM1.5 juta,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.