MatchPoint Times

Home

‘Puasa’ media sosial, jemaah haji diberitahu

Cover Image for ‘Puasa’ media sosial, jemaah haji diberitahu

Kecenderungan sesetengah jemaah kerap muat naik kandungan di media sosial dikhuatiri boleh mengganggu maqasid atau tujuan sebenar ibadat itu.

KUALA LUMPUR: Bakal jemaah haji musim 1446H/2025M diingatkan memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadat itu serta menjaga adab dan disiplin sepanjang berada di Tanah Suci.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan, berkata panggilan haji adalah jemputan istimewa daripada Allah kepada hamba-Nya yang terpilih, justeru perlu disambut dengan penuh keikhlasan dan penghayatan.

Katanya, kecenderungan sesetengah jemaah untuk kerap memuat naik kandungan di media sosial, termasuk berswafoto di hadapan Kaabah dan melakukan siaran langsung menerusi platform seperti TikTok, dikhuatiri boleh mengganggu maqasid atau tujuan sebenar ibadat itu.

Tags:Hajiibadatjemaahmediapuasasosial


Mujahid bidas Hadi cadang utamakan ‘kemenangan politik’ banding umrah, haji

Timbalan presiden Amanah berkata, kenyataan presiden PAS itu tiada asas dalam Islam, hanya demi kepentingan politik.

🟡FMT Reporters

Israeli army says ‘professional failures’ led to killing of Palestinian medics

The rescue workers were shot dead on March 23 near the southern Gaza city of Rafah and buried in a shallow grave.

🟡Reuters