MatchPoint Times

Home

Punca kebakaran menara telekomunikasi K Kangsar sedang disiasat, kata SKMM

Cover Image for Punca kebakaran menara telekomunikasi K Kangsar sedang disiasat, kata SKMM

Kebakaran itu mengganggu perkhidmatan pengguna CelcomDigi, Maxis dan Unifi Mobile.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan punca kebakaran yang melibatkan sebuah menara telekomunikasi di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, Perak, petang semalam sedang disiasat, selepas insiden itu mengganggu perkhidmatan pengguna CelcomDigi, Maxis dan Unifi Mobile.

SKMM berkata kebakaran di pencawang Sungai Perak yang dikendalikan oleh Maxis itu menjejaskan perkhidmatan di Kampung Kelebor, Kampung Langkap Ketior, Kampung Rambai 7, Kampung Menora, Kampung Senggang, Kampung Ulu Kenas dan Kampung Lempor.

Menurutnya, akses ke lokasi kejadian telah ditutup oleh pihak berkuasa bagi memudahkan siasatan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, antara agensi terlibat.

Tags:bombakebakaranKuala Kangsarmenara komunikasiSKMM


Youth chief laments PAS being left behind by ‘friend’

Afnan Hamimi Taib Azamudden is the latest to remark on betrayal following the appointment of Bersatu’s Abu Bakar Hamzah as Perlis menteri besar.

🟡FMT Reporters

Ambil tindakan individu beri orang lain guna MyKad tebus BUDI95, kata Fomca

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, T Saravanan berkata perbuatan itu satu bentuk penyalahgunaan identiti dan subsidi kerajaan.

🟡Anne Muhammad