PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan tidak menutup sebuah taman tema popular di Selangor susulan kes keracunan makanan baru-baru ini kerana punca keracunan bukan daripada faktor persekitaran.
Jabatan Kesihatan Selangor (JKNS) berkata kejadian melibatkan beratus-ratus kakitangan sebuah agensi kerajaan dan ahli keluarga mereka itu berpunca daripada makanan yang tercemar dari dapur taman tema tersebut.
Katanya, program hari keluarga agensi kerajaan itu berlangsung di taman tema tersebut pada 4 Okt sebelum pihaknya melalui Pejabat Kesihatan Daerah Petaling menerima notifikasi keracunan makanan dua hari kemudian.
