PETALING JAYA: Pusat data pertama dikuasakan Nvidia siap dibangunkan di Kulai, Johor, di bawah projek bernilai RM10 bilion antara YTL Power International denga syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS) itu.
Perkara itu dizahirkan sewaktu pertemuan antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim, pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nvidia Jensen Huang, serta Pengarah Urusan YTL Power Yeoh Seok Hong di luar Sidang Kemuncak Pemimpin Ekonomi Apec di Gyeongju, Korea Selatan, hari ini.
Anwar berkata, perbincangan mereka turut menyentuh kemajuan pelaksanaan agenda kecerdasan buatan (AI) berdaulat negara, merangkumi penubuhan Pejabat AI Kebangsaan dan pelancaran model bahasa raya sulung negara, Ilmu.
