KOTA BHARU: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, diberi tempoh sehingga esok untuk memberi penjelasan berhubung kenyataannya bertanding pada PRU16 bukan atas tiket PKR.
Setiausaha Agung Fuziah Salleh berkata parti itu mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Rafizi pada 23 Feb lepas dan diberi tempoh selama lima hari untuk memberikan jawapan.
“Dia kata akan bertanding PRU16 bukan atas tiket PKR, ia mungkin menimbulkan persepsi sama ada dia berhasrat untuk keluar daripada parti, jadi surat tunjuk sebab itu bagi peluang dia menjelaskan… sebab kami tidak mahu ambil tindakan begitu sahaja, sebaik-baiknya kami ikut perlembagaan parti,” katanya.
