PETALING JAYA: Rafizi Ramli menegur tindakan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengajak sekumpulan ‘anak-anak’ dalam satu acara mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir PMX, We Love You PMX’, susulan suatu video tular di media sosial.
Bekas menteri ekonomi itu menjelaskan beliau harus menegur Fadhlina kerana menjadi pembimbing sorak (cheerleader).
“Bila dia buat begitu, nanti di masa akan datang tak salahlah menteri-menteri pendidikan akan datang meminta murid-murid, pelajar dan siswa menyatakan taat setia dan kecintaan kepada pemimpin lain,” katanya dalam video di Facebook.