MatchPoint Times

Home

Rahman mahu Tempasuk terus jadi ‘kubu biru’

Cover Image for Rahman mahu Tempasuk terus jadi ‘kubu biru’

Bekas Ahli Parlimen Kota Belud berkata kekuatan jentera akar umbi menjadi sandaran untuk mengekang usaha GRS pertahan penyandang Arshad Bistari.

PETALING JAYA: Pemimpin Umno Abdul Rahman Dahlan berpegang kepada rekod khidmat bakti sepanjang menjadi Ahli Parlimen Kota Belud untuk memastikan DUN Tempasuk kekal menjadi ‘kubu biru’ Barisan Nasional (BN) pada PRN 29 Nov ini.

Bekas wakil rakyat Kota Belud dua penggal dari 2008 hingga 2018 berkata, beliau sedia berdepan sesiapa sahaja termasuk penyandang Arshad Bistari yang dijangka menjadi calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sebagai rekod, Arshad memenangi kerusi itu pada PRN 2020 atas tiket BN dengan majoriti 1,685 undi, namun berpihak kepada GRS selepas menyokong pentadbiran Hajiji Noor dalam Langkah Kinabalu pada Januari 2023.

Tags:BNPRNRahman DahlanSabahSabah25TempasukUmno


Japan death row inmate’s sister still fighting, even after brother’s release

Hideko Hakamada’s brother Iwao Hakamada, who spent 46 years on death row for a 1966 quadruple murder, was finally exonerated in 2024 marking one of Japan’s most notorious miscarriages of justice.

🟡AFP

Jumlah penganggur turun kepada 518,600 orang setakat September

Bilangan penduduk bekerja meningkat sebanyak 0.2% kepada 17.03 juta orang berbanding 16.99 juta orang pada Ogos.

🟡Bernama