PETALING JAYA: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah graduan Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) perlu menggunakan ilmu dan teknologi kecerdasan buatan (Al), automasi dan teknologi disruptif dengan berlandaskan etika serta nilai Islam.
Baginda yang juga canselor UniSIRAJ bertitah Al yang berasaskan al-Quran dan sunah mesti dipandu oleh akhlak, tanggungjawab serta maqasid syariah supaya membawa manfaat kepada ummah, bukan sebaliknya.
“Hari ini bukanlah penamat, tetapi permulaan sebuah perjalanan baharu dalam dunia yang berubah begitu pantas dengan kemunculan Al, automasi dan teknologi disruptif,” titah baginda ketika mengisytiharkan penangguhan Istiadat Konvokesyen Kali Ke-8 UniSIRAJ hari ini.
