KIMANIS: DUN Bongawan harus diwakili wakil rakyat yang berani berdepan kerajaan persekutuan, demi memastikan pembangunan yang tertangguh direalisasikan, kata calon GRS, Anifah Aman.
Bekas menteri luar itu mengingatkan bahawa Bongawan berisiko terus ‘stagnant (tiada kemajuan) lima tahun lagi’ jika pengundi memilih calon yang terlalu bergantung pada sokongan Putrajaya.
“Bongawan perlukan pemimpin yang bersuara untuk Sabah dulu, bukan yang tunggu kelulusan kerajaan persekutuan,” menurut kenyataan.
